Tuesday, January 26, 2010

Akibat TOTO

Minggu lepas seorang lelaki India yang mendakwa keturunan yang berasal dari Gujarat India telah menelefon saya mengadu rasa tidak tenteram dan tidak dapat tidur. Petang itu saya berjumanya dikediamannya. Masuk saja dikediaman (kedai) saya merasa ada sesuatu yang tidak kena.
Bulu tengkok saya meremang. Yalah keluarga India. Alim dan kuat sembahayang. Asap setanggi menusuk hidung saya. saya duduk berhadapan Mr. Ane. Oleh kerana saya seorang muslim dan kaedah perubatan saya juga banyak menggunakan ayat Quran. saya guna kaedah tafakur sambil membaca dalam hati.
saya menghalunisasi secara kerohanian berhubung mlalui tenaga telipeti diri Mr Ane . saya menggunakan buah tasbih untuk mengesan kehadiran gangguan dalam badannya, kedai, kediaman dan keluarganya.
Walaupun kaedah yang saya amalkan boleh mengesan kehadiran gangguan dalam badan pesakit, saya menggunakan kaedah ksenology atau gerak batu mineral atau sumber alam yang boleh dlihat atau dirasai oleh pesakit. Kaedah ini akan meyakinkan pesakit tentang gangguan yang dihadapinya.
Saya minta Mr Ane menadah tapak tangan kanannya dan hulurkan dihadapan saya. Kaedah pertama saya sudah mengetahui Mr .Ane terkena gangguan seperti dipukau. Kesan pukau itu masih ada dalam dirinya. Buah tasbih yang saya letak diatas tapak tangan kanannya juga berpusing dengan ligat juga. Saya memberitahu Mr Ane bahawa dia sudah terkena sihir pukau.
lalu Mr Ane menceritakan apa yang terjadi kepadanya.
Katanya dia telah didatangi seorang melayu yang mendakwa senagai bilal Masjid Jemek Bandar Seremban (Masjid India). Seorang lagi yang mendakwa kenal sangat dengan Bilal tersebut yang berasal dari Kuala Lipis.
Mereka ingin membantu Mr Ane untuk mendapatkan nomber toto yang boleh memenagi hadiah besar. Katanya Bilal itu minta wang RM10.00 untuk membeli no TOTO yang keputusannya akan keluar pada 17 januari 2010. Labih kurang 10 minit lelaki melayu yang mengaku bilal itu datang kepadannya dan memberitahu telah mengambil tiket TOTO 6D tetapi tidak menyerahkan tiket itu kepadanya. Kena buat sembahayang dulu supaya no itu tidak lari (berubah).
Oleh kerana percaya dengan dakwaan lelaki tersebut Mr Ane setuju memberikan teket TOTO 6D itu untuk disembahayang. Pada malamnya lelaki itu menghubungi Mr Ane untuk memaklumkan kena buah penyemahan kerana ada roh orang mati yang memberi nombor itu mahukan makanannya. Perlu sembelih dua ekor kerbau. Lelaki itu minta dibayar RM15 Ribu untuk sekali sembelih.
Memikirkan orang islam, seorang Bilal pula, Mr. Ane terus ke bank mengeluarkan RM15 ribu dan disrerahkan kepada lelaki itu. Malam esoknya, lelaki itu minta Mr Ane menyerahkan RM15 ribu lagi untuk penyembelihan kedua.
Mr. Ane terus saja kebank mengeluarkan wangnya dan tersu bagi kepada lelaki tersebut. Dia mengikut saja apa yang disuruh oleh lelaki tersebut. pada keesokan harinya iaitu Sabtu 16 januari petang, lelaki itu berjumpa Mr Ane dan menyerahkan teket TOTO tersebut tetapi diminta jangan buka dahlulu tahut nombornya berubah. pada hari Ahad 17 januari Mr Ane membeli surat khabar terus melihat keputusan TOTO tersebut. Dia sangat terujua kerana nombornya telah mengena 'First Prise' bermakna sejuta telah dimenanginya.
Bagaimanapun leleki itu beritahunya tidak boleh menunaikan lagi teket itu kerana belum menunaikan syaratnya. Dalam fikiran Mr Ane dia telah memenangi wang sejuta, apa-apa syarat yang dikenakan dia akan buat. lelaki itu terus merasakan dia sudah boleh makan Mr Ane terus meminta Ane memasukkan RM20 ribu kedalam akaun seorang lelaki. Dia minta masukan dalam akaun maybank Seri kembangan Selangor. Setelah dimasukkan dalam akaun segala dokumen slip bank itu minta dikoyak hancur dan buang kesungai dan ludah tiga kali untuk buang sial.
Mr. Ane mengikut saja arahan itu tanpa terfikir dia sedang ditipu.
Malamnya pula lelaki itu menguhungi lagi Mr Ane untuk permintaan seterusnya. Minta lagi RM10 ribu. Mr Ane pun bagi lagi mauk dalam akaun menerusi mesin deposit tunai. Slip bank itu diminta koyak hancur dan buang dalam sungai. Lelaki itu memberitahu Ane, dia sekarang boleh tunaikan tiket TOTO tersebut.
Semasa Ane berjumpa saya tiket itu masih belum ditunaikan lagi. saya minta tengok tiket tersebut. Wow, memang tepat No. satu 6D, saya semak diinternet betul no. 1. Saya pegang tiket tersebut cuma ada bekas lipatan, nombornya semacam betul. Tiada cacat cela. ya lah saya bukan pakar dan reti semua itu. Secara kasar saya akui tiket itu betul. Ane minta saya bersihkan dirinya keluarga rumah dan keluarganya.
Setelah membuang dan membersih dari tenaga jahat Ane keluarga dan premis. pagi esoknya Ane memberitahu yang dia baru boleh tidur lena pada malam itu.
keesokan harinya Ane ke Bandar Seremban untuk menuntuk hadiahnya. Dia hubungi saya, pejabat TOTO beritahu tiketnya tidak kena. Bila dimasukkan kedalam kotak hitam, tiada apa-apa result yang keluar. Saya terus meditasi dan. macam satu ilham memberitahu tiket itu palsu. saya tidak beritahu apa-apa kepada Ane. Minta dia balik dan pergi ke Ibu Pejabat TOTO di KL. Agar Ane tidak risau dan kecewa saya suruh dia ke KL buat semakan disana.
Ane ajak saya, walaupun bertentangan dengan nilai etika amalan saya, dan untuk mengawasi dirinya takut rebah atau pengsan saya menemaninya ke KL. kami menaiki Komuter dan tukar LRT ke Stesen Hang Tuah, jalan kaki menerusi penjara pudu lama melintasi jalan dan terus ke pejabat TOTO yang terletak di tingkat 13 di bangunan berjaya Times Square. Pejabat TOTO baru buka dan Ane orang pertama terus ke kaunter. seorang pekerja perempuan melayu terus membuat semakan dan bertanya mana beli tiket itu. beli sendiri ke? Ane jawa kirim pada orang. kerani tersebut mengajak Ane keluar dan menuju kekotak hitam diluar pejabat TOTO tersebut.
Tiket tersebut di skan dan rizabya, kosong. Lalu Ane tersedar dia sudah kena tipu. saya minta Ane buat repot kepada polis dan kami turun dan terus kepondok polis berhampiran.
Pegawai polis bertugas minta Ane buat repot di Seremban. kami balik dan petang itu Ane telah membuar repot di Balai Seremban 2.
Daripada kisah tersebutdapatlah disimpulkan, penipu ada dimana-mana. Cara menipu macam-macam. Ane telah disihir (pukau). RM70 ribu hilang sekelip mata sahaja. kedua yang menipunya pula orang melayu beruaga islam. Sebagai Bilal lagi. Saya lihat orang India yang telus, jujur dan berduit. mereka percaya orang islam yang alaim tidak akan menipu. bagi saya dunia ini sendiri yang menjadikan mereka menipu untuk mendapat duit mudah. Amalan sihir yang masih berleluasa dan dari penguatkuasaan yang tiada serta tiada peruntukan undang-undang menyekat amalan sihir selagi itulah manusia akan terus ditipu atau dianiayai.

Monday, January 18, 2010

Akibat gangguan sihir.....

Seorang isteri tidak disentuh selepas majlis pernikahannya. Sha, nama singkatnya telah berjumpa dengaan saya setelah diperkenalkan oleh emak saudaranya. Kata sya, sebelum berkahwin dengan Khairul (bukan nama sebenar) mereka adalah pasangan kekaksih yang sangat menyayangi.

dalam pada itu Sya memberitahu Khairul mempunyai seorang kakak angkat yang berumur awal empat puluhan. mereka telah kenal lebih lima tahun.

Bila Sya yang baru dikenali terus mendapat perhatian Khairul melamar dan menikahi enam bulan lepas. Malangnya setelah bernikah, Kahirul terus tidak melayan Sya. terasa panas bila berada bersamanya. Bila berjauhan mereka berinduan melalui sms. Bila balik rumah mereka tidak dapat melakukan apa-apa. Sya dibiarkan tidur keseorangan dalam bilik tidurnya. memendam perasaan.

Lebih pelik lagi Khairul macam lebih suka pada lelaki. Dia membawa balik rakan sekerjanya warga vietnam. Setiap malam jika Sya bekerja shif malam, pasti Khairul membawa balik pemuda Vietnam. Sya pernah terserempak dengan pemuda itu ketika balik seawal pagi.

Daripada hasil rawatan yang saya jalankan secara kerohanian dengan kaedah menggabungkan tenaga rohaniah, tenaga alam dan doa-doa amalam para Nabi & wali Allah didapati Khairul telah disihir oleh seorang wanita. saya tidak kenal perempuan itu tetapi semasa saya jalani inkuisi perhubungan antara tenaga roh pesakit saya diperlihatkan orang yang melakukan sihir pada Khairul seorang perempuan yang berbadan gempal dan berumur.

Bila saya ajukan pertanyaan pada Sya, terus sya memberitahu itulah kakak angkat suaminya. namanya Rosnah (Bukan nama sebenar). Kaedah sihir yang dibuat keatas sumai Sya bukan sihir yang menyakitkan. Kahirul tidak merasa dia disihir kerana ia tidak sakit. dia cuma rasa tidak senang bila bersama sha. Tidak rasa keinginan syahwat terhadap isterinya.

Susah juga hendak merawat pesakit yang tidak rasa kesakitan ini. Yang hendak dirawat pula isterinya Sya yang tidak sakit. Saya minta saya bawa suaminya tapi suaminya mengelak dan mendakwa dirinya tidak sakit. Sebagai perawat dan pengamal perubatan alternatif islam, kaedah yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang tidak rasa kesakitan ini hanyalah merawat cara jarak jauh. Sya juga hendaklah membuat amalan tertentu dengaan cara membuka pintu tenaga kerohanian. Amalan hendaklah berterusan selama 100 kali bagi menguatkan pertahanan diri.

Bagaiman pun ada penyakit baru yang dihidapi oleh Khairul. Masalah homoseksual. saya minta Sya mengadu di Pejabat Ugama. Satu hari Sya bergaduh dengan Khairul gara-gara dia marah pada pemuda Vietnam itu. sya dipukul. Lapuran polis telah dibuat. Masalahnya Sya masih cintakan sumainya.

Saya minta Sya usahakan juga supaya Kahirul datang juma dengan saya.

Minta pendapat pembaca untuk membantu pasangan ini.